Kerjaya livestreamer sudah menjadi satu cabang perkerjaan yang lumayan kepada mereka yang berani mencubanya. Siapa sangka kini seorang wanita yang mengalami masalah pendengaran kini turut berpeluang memanfaatkan platform livestream untuk menjana pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit untuk syarikatnya?

Di Singapura, Lily Goh yang mana sudah pekak sejak kecil lagi kini boleh menjadikan livestream sebagai platform untuk menjual produk penjagaan kulit, beg mewah, fesyen jalanan dan koleksi BE@RBRICK. Sepanjang tiga bulan lepas, beliau telah membawa masuk sekitar S$200,000 (~RM662,976.81) untuk syarikatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: CNA

Malah, beliau menerima beratus-ratus orang penonton sebaik penstriman langsung dilakukan. Beliau menyertai platform perniagaan dalam talian tempatan (Mdada) kerana mahu memecah tradisi dan mahu mencuba sesuatu yang baharu dalam memartabatkan komuniti orang pekak di Singapura.

Bagi Goh, komunikasi sehari-hari antara orang pekak dan orang yang mendengar menjadi satu cabaran. Ini kerana orang pekak bergantung pada bacaan bibir dan isyarat visual lain untuk memahami pertukaran lisan yang sering berlaku dengan pantas.

Sumber Gambar: CNA

Walaupun pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri dalam penstriman langsung, pihak Mdada tetap menyakinkan beliau untuk beraksi  dengan bahasa isyarat dan menjadi diri sendiri sekaligus membawa hasil yang tidak disangka-sangka kerana mampu menarik minat golongan komuniti pekak di sana.

Pada ketika ini, Goh telah mencatatkan lebih daripada 50 jam sesi penstriman langsung dengan Mdada. Salah satu sesinya yang paling bermakna telah dibuat dengan kerjasama JOURNEY, sebuah jenama di bawah badan amal bukan untung TOUCH Community Services, yang mewakili orang kurang upaya intelek.

Satu lagi kemuncak kerjaya untuk Goh adalah lawatan penstriman langsung Mdada ke Seoul, Korea baru-baru ini pada November 2022. Goh melakukan tujuh penstriman langsung di lokasi di Hyundai Department Store Duty Free. Hanya dalam masa seminggu, dia berjaya menjual produk Korea mencecah S$70,000 (~RM232,041.88).

Malah, terdapat seorang penonton sebelum ini amat kagum sehinggakan sedang jualan penstriman BE@RBRICK berlangsung, dia membelikan Goh produk BE@RBRICK sebagai hadiah.

Difahamkan beliau gigih mengasah kemahiran penstriman langsungnya yang mana kini mampu menjual 10 produk dalam masa dua jam sahaja. Beliau secara tidak langsung membuktikan orang kelainan upaya turut berpeluang melakukan tugasan orang sempurna yang disangka mustahil bagi mereka pada mulanya.

Sumber