Adeline Van Buren dan Augusta Van Buren lahir dari keturunan presiden Amerika Syarikat yang ke-8, Martin Van Buren. Dibesarkan dalam kehidupan yang serba lengkap, mereka menikmati setiap keistimewaan yang diberikan kepada keluarga mereka.

Tetapi itu tidak memuaskan hati dan naluri dua anak muda ini. Tambahan pula Amerika Syarikat ketika itu di ambang perang, dua saudara perempuan ini telah keluar untuk mengembara dan melihat-lihat sekitar desa dengan harapan untuk mengubah negara mereka menjadi lebih baik.

Pada Julai 1916, perjalanan 5,500 batu dalam masa 60 hari bermula. Augusta yang berusia 32 tahun dan Adeline yang berusia 26 tahun tekad untuk melakukan tugas mereka sebagai penghantar maklumat untuk tentera dengan menunggang motosikal.

Mereka berlepas dari Brooklyn pada 4 Julai, menunggang motosikal jenama India Power Plus 1,000cc yang mewah. Dalam perjalanan, mereka berulang kali ditahan, bukan kerana memandu laju tetapi kerana berpakaian seperti lelaki.

banner_498
WIKIPEDIA (AUGUSTA AND ABIGAIL) // PUBLIC DOMAIN

Menjelang Ogos, kedua-dua mereka sampai di Rocky Mountains, Colorado dan mencipta rekod sebagai wanita pertama yang mencapai puncak 14,109 kaki Pike’s Peak dengan kenderaan bermotor.

Ada hari di mana mereka tersesat di padang pasir berhampiran Salt Lake City dan diselamatkan oleh pelombong yang kebetulan lalu di sana.

Mereka tiba di Los Angeles pada 8 September selepas perjalanan yang penuh dengan halangan dan pencapaian.

Sebab-sebab tersembunyi

Pada zaman tersebut, wanita dilarang sama sekali untuk berada di medan perang. Augusta merasakan perlu untuk mereka membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk berdiri setaraf dengan lelaki dalam membuat kerja-kerja yang mencabar.

Tetapi, terdapat laporan lain mengatakan bahawa ada dua sebab mengapa mereka dibenarkan untuk melakukan misi yang berbahaya ini.

Pertama, pada tahun 1916, Amerika akan memasuki satu era Perang Dunia Pertama dan tentera mereka dilihat tidak bersedia apabila kekurangan maklumat yang meluas.

No-Mans-Land
Sara Kinney

Disebabkan itu, kedua-dua mereka telah menjadi pemain penting dalam menyalurkan maklumat dan misi mereka ini digelar sebagai ‘Preparedness Movement’.

Kedua, misi ini juga dilihat sebagai kempen bagi memenangi undi wanita. Mereka mahu menunjukkan bahawa wanita juga mampu melakukan tugas mencabar dan tugas-tugas yang dilakukan oleh lelaki.

Mereka berhujah bahawa kejayaan kempen ini akan membebaskan lelaki daripada tugas-tugas lain dan memberi peluang kepada wanita untuk berjaya.

Liputan media yang prejudis

Perjalanan luar biasa mendapat tajuk utama beberapa media tempatan ketika itu. Tetapi kebanyakkan liputan tersebut mengecewakan apabila ada beberapa media yang memfokuskan kepada motosikal dan bukannya cerita pengembaraan mereka.

Lebih teruk lagi, The Denver Post menuduh kedua-dua mereka mengekploitasi Perang Dunia Pertama dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai perempuan yang seharusnya berada di rumah.

636030778234000929-SISTERS-MOTORCYCLE-RI-Wils-3-
Des Moines Register

Biarpun mereka tidak mendapat pengiktirafan oleh media dan negara mereka sendiri, dua anak muda ini tidak pernah mengalah dan mengejar hobi baharu. Adeline telah berjaya memperoleh Ijazah Undang-Undang di Universiti New York. Manakala kakaknya, Augusta pula telah menjadi juruterbang di Ninety-Nines Amelia Earhart.

Disini kami kepilkan sekali tiga artikel menarik mengenai pengembaraan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pengembaraan 3 Hari 2 Malam Kami Di Jogjakarta Hanya Dengan ‘Ground Cost’ RM170

Lelaki Ini Kongsikan Pandangan Mengejar Impian Dengan Membaca Dan Mengembara

Kanak-Kanak 12 Tahun Curi Kad Kredit Ibu Dan Mengembara Sendiri Ke Bali