Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan seorang wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Hukuman itu sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Responden terbabit, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar memberitahu, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara bersumpah bersifat penafian semata-mata bahawa responden tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar kumpulan nasihat dan telah melarikan diri.

“Mahkamah bicara turut terkhilaf apabila menerima pembelaan responden yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu kereta secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa.

“Responden seharusnya memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu laju kerana mengambil kira pencahayaan tidak begitu terang dan jarak penglihatan ke depan terhad,” ujar Abu Bakar sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sam Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi, lapor Kosmo.

Sementara itu, 650 pemegang akaun CIMB telah memfailkan saman ke atas CIMB bank susulan isu kesilapan pemprosesan sehingga akaun mereka berhutang serta dibekukan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tuntut Sebanyak RM650 Juta, 650 Pemegang Akaun Saman CIMB Secara Berkelompok

Didakwa Lari Bayar Hutang, Mawar Karim Nafikan Dan Dedah Difitnah Individu Digelar ‘S’

Sumber