China dilaporkan telah menguatkuasakan sistem rogol secara besar-besaran bagi ‘mempromosi perpaduan etnik’, lapor Newshub.

Wanita dari minoriti Islam terpaksa berkongsi tempat tidur dan bahkan berkahwin dengan lelaki dari majoriti Han yang dilantik oleh negara komunis.

Program yang dinamakan sebagai Pair Up And Become Family telah mendapat kritikan secara meluas kerana melanggar hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim Xi Jinpiang terhadap umat Islam di wilayah barat laut Xinjiang.

Selain daripada merogol, China turut dilaporkan menggugurkan anak dalam kandungan dan memenjara lelaki muslim secara beramai-ramai.

Xingjian
Daily News

Seorang mangsa berkata tentang budaya rogol di sana, “mana-mana perempuan atau lelaki di bawah umur 35 tahun telah dirogol dan didera secara seksual.”

Seorang lagi wanita yang menghabiskan 18 bulan dalam kem latihan berkata, “Mereka akan masuk dan letakkan beg di atas kepala wanita yang mereka mahukan.”

Masyarakat Uighur telah dijadikan mangsa oleh kerajaan China bagi tujuan ‘pembersihan etnik’ dan ‘budaya pembunuhan beramai-ramai’.

Bulan lalu bocor satu kertas yang mendedahkan bagaimana negara itu terlibat dalam tindakan kejam ke atas masyarakat Uighur – termasuk memaksa wanita untuk berkongsi tempat tidur dengan lelaki asing sementara suami mereka ditahan tanpa perbicaraan.

NINTCHDBPICT000542550672-2
Kem tahanan di Xinjiang, China – The Sun

Salah seorang pegawai China mengesahkan bahawa progam tersebut wujud, dengan wanita akan dipadankan dengan lelaki asing bagi ‘mempromosikan perpaduan etnik, laporĀ  Radio Free Asia.

Dia mendakwa bahawa peranan yang dilakukannya ‘tidak bermaksud seksual’, ia adalah normal bagi pegawai Parti Komunis untuk berkongsi tempat tidur dengan wanita.

Salah seorang aktivis menyatakan bahawa wanita akan dipaksa menikahi lelaki yang dipilih oleh rejim.

25de727803f5f157d7ed91e7e41b2b8e
Rushan Abbas – The Sun

Bercakap kepada News.com.au, aktivis Uighur Rushan Abbas berkata, “ini adalah rogol secara besar-besaran. Baik perempuan mahupun keluarga mereka tidak boleh menolak perkahwinan itu kerana mereka akan dilihat [oleh pihak berkuasa China] sebagai pelampau Islam kerana tidak mahu berkahwin dengan golongan Han Cina.

“Mereka tidak mempunyai pilihan selain berkahwin dengan mereka. [Han Chinese] telah merogol wanita Uighur atas nama perkahwinan selama bertahun-tahun.”

Beliau juga mendakwa bahawa lelaki terbabit ditawarkan wang bagi perkahwinan tersebut.

Sebelum ini kami pernah menulis kisah seorang wanita yang menceritakan kisah kejam yang menimpa kaum muslim Uighur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Ini Dedah Kisah Kejam Di Sebalik Penahanan Kaum Muslim Uighur Di Xinjiang

Isu Halal, Kerajaan China Larang Guna Tulisan Arab Pada Semua Kedai Makanan Muslim?

China Keluarkan Mesut Ozil Daripada PES 2020 Kerana Mempertahankan Kaum Muslim Uighur