Terdahulu, seorang wanita warganegara China telah ditahan reman gara-gara merempuh pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hingga menyebabkan mangsa maut pada Jumaat lalu. Siasatan awal pihak polis mendapati pemandu wanita berkenaan dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Semalam, wanita warganegara China tersebut mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Majistret Georgetown semalam di atas pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tertuduh, Liu Shahsha, 24, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan. Dia didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal pada jam 6.25 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun atau denda tidak kurang RM8,000 hingga RM20,000.

Majistret turut tidak membenarkan tertuduh mendapat sebarang jaminan dan menetapkan 8 November ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pengesahan ketulenan pasportnya daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Di samping itu, rakan kepada tertuduh iaitu Garrett Lim Nian Siang, 23 turut dihadapkan di mahkamah yang sama dan mengaku bersalah di atas pertuduhan membenarkan kenderaannya dipandu Liu.

Lelaki tersebut di yang ketika kejadian berada di tempat duduk penumpang hadapan dikenakan hukuman denda RM1,500 mengikut Seksyen 26 APJ 1987 pada waktu dan tempat yang sama.

Lihat tindakan pantas orang ramai bantu tolak kereta terbalik dapat pujian netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tindakan Pantas Orang Ramai Bantu Tolak Kereta Terbalik Dipuji Netizen

Insiden Langgar Lari Ini Terima Respon Pelbagai Daripada Netizen

Pemandu Myvi Yang Kemalangan Di Thailand Dilaporkan Tidak Mempunyai Lesen Memandu

Sumber