Kuasa viral baru-baru ini telah membawa kepada tawaran kerja daripada Presiden UFC Dana White.

Tapasa-Sataraka, 24 tahun, mendapat perhatian netizen selepas beliau berjaya menangkap seorang perompak di tempat dia bekerja di Aiea, Hawaii.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang lebih mengecewakan adalah beliau mungkin bakal kehilangan kerjanya walaupun berjaya menangkap pencuri tersebut.

Namun itu semua dapat ditutup dengan tawaran kerja daripada Ketua Eksekutif UFC sendiri.

White menyiarkan video tersebut di laman Instagram miliknya yang mempunyai 4.2 juta pengikut. Dia turut mengumumkan bahawa Tapasa bakal hadir ke acara UFC pada 18 Januari nanti sebagai tetamunya.

“Dia menghentikan pencuri itu daripada mencuri dari BestBuy di Hawaii,” tulis White. “Dia kemudia dipecat untuk itu. Dia akan sertai saya hujung minggu ini dan akan mendapat tiket ke McGregor vs Cowboy. Saya MAHU DIA KERJA UNTUK SAYA! Bersiap sedia untuk hujung minggu terbaik musim panas ini.”

Bulan lalu seorang bintang UFC hancur bibir selepas terkena tumbukan lawannya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Tumbukan Padu Bintang UFC Ini ‘Hancurkan’ Bibir Lawannya

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Sumber