Nota Editor: Perkongsian ini asalnya telah dikongsikan di laman Facebook Raja Shamri. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia membawa manfaat untuk anda, terutama buat mereka yang masih tiada pasangan hidup dan ibu bapa yang sedang mencari calon menantu.

Jangan engkau kahwini wanita yang 6, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

1. Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Lelaki pulak jangan kahwin lelaki macam mana ya? Senaraikan ciri-ciri lelaki yang tak boleh dikahwini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram