Franchise siri Warcraft bermula sejak tahun 1995 lagi dan siri ini mempunyai peminat dari seluruh dunia. Entah bagaimana Blizzard dan Universal Studio beranggapan ia adalah satu idea yang baik untuk menerjemahkan siri permainan video ini ke bentuk filem. Persoalan utama pastinya adakah filem ini dapat diterima oleh para gamers?

Warcraft (atau dikenali juga sebagai Warcraft: The Beginning) mengambil jalan cerita dari siri Warcraft yang pertama, Warcraft : Orcs and Humans. Dunia Orcs, Draenor kini sedang tenat. Gul’dan, orc yang paling berkuasa dengan kuasa magic ‘Fel’ telah menyatukan semua clans orcs dan membentuk satu pasukan askar dikenali sebagai Horde untuk menawan dunia manusia, Azeroth.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka perlu melalui satu portal untuk ke Azeroth. Portal itu bernadikan nyawa dan banyak makhluk ditangkap oleh Gul’dan untuk menjadi korban nyawa untuk membuka portal itu. Setelah tiba di Azeroth mereka membina kawasan baru seperti yang berlaku di dalam permainan video. Durotan, ketua untuk clan Frostwolf berpendapat kuasa magic Fel Gul’dan adalah penyebab dunia Draenor tenat. Dan kuasa itu juga bakal memusnahkan Azeroth d masa akan datang.

war 1

Sir Anduin Lothar adalah ketua askar bagi kerajaan Stormwind. Bersama beliau adalah seorang ahli magik muda dikenali sebagai Khadgar yang mengetuai pertahanan di dunia manusia. Llane Wrynn, raja Stormwind mengerahkan Lothar dan Khadgar untuk bertemu Medivh, ahli magik yang hebat yang lebih dikenali sebagai The Guardian sebagai bantuan untuk menumpaskan pasukan Gul’dan.

war 2

Di dalam satu pertempuran, Medivh telah menggunakan kuasa magic fel untuk menumpaskan sekumpulan orc dan tanpa beliau sedari, magik fel itu perlahan-lahan mempengaruhi Medivh. Dalam misi untuk menumpaskan Gul’dan, Durotan secara senyap membuat perjumpaan rahsia bersama King Llane untuk berbincang cara untuk menumpaskan Gul’dan. Tetapi mereka diserang hendap oleh Blackhand, salah sorang ketua clan dari dunia orcs.

Dengan Medivh sudah dipengaruhi oleh magik fel dan Durotan kini dianggap pengkhianat, apakah yang akan terjadi kepada Azeroth? Adakah Gul’dan berjaya memanggil semua orcs untuk menawan Azeroth?

war 3

Terus terang saya bukanlah peminat permainan video Warcraft ini kerana di masa remaja dahulu, saya lebih suka bermain Command & Conquer dan juga Diablo. Jadi saya kurang familiar dengan permainan video ini tetapi pernah juga cuba bermain permainan video ini. Di sini saya tahu kenapa peminat tegar permainan video tidak menyukai filem ini.

Kalau dalam permainan video, naratif ceritanya adalah sangat teliti dan teratur berbanding dalam versi filem di mana plot filem ini agak melompat-lompat. Satu sebab kenapa susah untuk membuat filem yang best dari siri permainan video adalah kesusahan untuk menukar aspek interaktif pemain kepada penceritaan.

Dan peminat-peminat siri ini agak kecewa kerana tiadanya watak-watak seperti elf, troll pandaren, warrior, hunter, mage dan monk. Ini adalah kerana filem ini diadaptasikan dari siri asal Warcract dan bukannya World of Warcraft. World of Warcraft adalah permainan video online di mana anda boleh mengawal satu watak dan bertempur di dunia maya. Warcraft pula adalah permainan video di mana anda memerlukan strategi dengan membina bandar untuk anda menumpaskan pihak lawan. Di bawah adalah video permainan Warcraft yang pertama.

Peminat generasi muda lebih mengenali dan menggemari World Of Warcraft lebih dari permainan video Warcraft yang orginal. Jadi expectation mereka terhadap filem ini terus jatuh kerana mereka mengharapkan filem ini sama seperti dunia World Of Warcraft.

Dunia 'World Of Warcraft'
Dunia ‘World Of Warcraft’

Tidak banyak filem yang dari siri permainan video yang berjaya diadaptasikan ke dalam filem. Kalau anda pernah tengok filem Street Fighter, anda tahu filem itu sangat gagal. Pengeluar filem merasakan ianya semudah mengeluarkan filem dari komik seperti yang dilakukan Marvel dan DC. Mereka silap kerana komik mempunyai jalan cerita yang teliti dan mereka hanya perlu adaptasikannya ke bentuk filem. Kalau permainan video pula, mereka cuma ada ‘rangka’ penceritaan permainan video itu sahaja tetapi tidak bahagian-bahagian kecil yang akan menjadikan sesuatu filem itu menarik.

Adakah filem Warcraft ini gagal? Laman review popular Rotten Tomatoes memberikan rating 24% untuk filem ini. Nak kata gagal tidak juga kerana filem ini sudah mendapat kutipan USD170 juta di seluruh dunia. Saya dapat rasakan walaupun orang mengata tentang filem ini, tapi mereka tetap tonton ini di pawagam. Franchise Warcraft ini sangat besar dan sebab itulah Blizzard dan Universal Pictures tetap meneruskan projek ini kerana mereka tahu filem ini tetap boleh pergi.

war 4

Bagi saya yang bukan peminat game Warcraft ini, saya merasakan filem ini saling tidak tumpah seperti Lord Of The Rings. Rancangan untuk menjadikan permainan video ini kepada filem sudah bermula sejak tahun 2006 lagi tetapi mereka tidak meneruskan projek itu kerana Blizzard beranggapan jalan cerita awal filem ini sangat sama seperti Lords Of The Rings. Cuma pada awal 2014 sahaja projek ini akhirnya memulakan pengambaran.

Menurut laporan, filem ini juga dilaporkan akan dipanjangkan menjadi sebuah trilogi. Disebabkan itu, filem ini lebih memfokuskan character development dan kurang dalam plot ceritanya yang sangat simple,straight forward dan cliche. Pembikinan filem sambungan untuk Warcraft: The Beginning ini semuanya terletak pada kutipan jualan akhir filem ini nanti.

Kalau ada sambungan nanti, agak kecewa kerana King Llane dan Durotan dan mati. Alamak tercerita spoiler pula siap yang mati. Tetapi cerita ini bakal menjadi menarik jika anak Durotan yang akan dibesarkan oleh manusia, bersama-sama manusia untuk berlawan dengan Orc. Itu cool. Untuk filem ini, saya beri 6/10 bintang kerana saya juga mempunyai high expectation untuk filem ini. Mungkin sebab saya membandingkan filem ini dengan trilogi Lord Of The Rings.

Filem ini boleh dikembangkan dengan lebih baik sebenarnya tetapi entahlah, terlampau cliche filem ini. Dalam siri yang akan datang, penerbit Warcraft perlu memanggil lebih ramai pelakon ternama Hollywood untuk menambah star power filem ini. Dapat panggil geng-geng Game Of Thrones pun sudah memadai.

Anda boleh lihat trailer filem ini di sini.