Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengempur dua premis yang dijalankan tanpa kebenaran di sekitar Kuala Lumpur pada 23 Jun 2020.

DBKL dalam satu kenyataan di laman Facebook telah mendakwa bahawa dua tindakan telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Setiawangsa pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan pertama adalah melibatkan kedai Gunting Rambut Abang Din yang telah dijalankan oleh lelaki warganegara Bangladesh. Kedai yang terletak di Jalan Jalan 27/56 , Keramat Wangsa, Setiawangsa itu juga telah didapati berjalan dengan tidak mempunyai lesen yang sah.

DBKL telah mengambil tindakan di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan menutup dan menyita kedai tersebut dengan serta merta.

Bagi tindakan kedua pula adalah melibatkan kedai Car Wash yang terletak di Jalan 27/56,  Keramat Wangsa, Setiawangsa yang dijalankan oleh lelaki warganegara Bangladesh. Lebih teruk lagi, dia dikatakan tidak memberi kerjasama dan bertindak melarikan diri ketika DBKL datang untuk membuat pemeriksaan.

Premis tersebut telah di ambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sita di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Terdahulu, warga asing telah didakwa melempar objek kepada pihak berkuasa yang bertugas untuk menjaga keselamatan semasa PKPD, klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Didakwa Lempar Objek Kepada Petugas Keselamatan

Warga Tempatan Dalang Disebalik Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan COVID-19 Untuk Warga Asing

ATM Nafi Tentera Perlu Pakai ‘Helmet’ Elak Air Kencing Warga Asing