Seorang lelaki warganegara Bangladesh yang melintasi sempadan negeri untuk mengunjungi rakannya di Genting Highlands, Pahang, telah menjadi punca kepada lahirnya kluster Genting.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan bahawa warga asing terbabit adalah kes indeks kepada kluster Genting. Dia telah bertindak merentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands untuk berjumpa rakannya sebelum menjangkiti mereka, lapor Awani.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Noor Hisham berkata, larangan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut di Bentong.

Kumpulan itu dilaporkan telah dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang pada 4 Disember, masing-masing melibatkan daerah Titiwangsa dan Bentong. Kes indeks (No. 66,878) disahkan positif pada 1 Disember melalui pemeriksaan tempat kerja.

Difahamkan, melalui laporan berita Buletin Utama, seramai 115 orang pesakit dari kluster genting telah dikuarantin dengan kawalan ketat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang yang terletak di Kuantan bermula pada 10 December lalu.

Pada 9 Disember, kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan PKPD di tiga daerah di Bentong dari 10 hingga 23 Disember.

Terdahulu, tular warga asing bergelut dengan polis. Klik pautan di bawah untuk mengetahui kisah sebenar.

Tular Warga Asing Bergelut Dengan Polis, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Sebelum Kejadian

Kantoi Mahu Bebaskan Warga Asing Yang Ditahan, Pegawai Imigresen Ditangkap Terima Rasuah RM22,000

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

Anda Mungkin Suka