Lambakan warga asing di negara ini dilihat berada di paras bahaya. Ini kerana pelbagai masalah boleh timbul berpunca daripada golongan ini.

Oktober lalu, kita digemparkan dengan satu penularan video rakaman yang menunjukan seorang warga asing dipercayai rakyat Bangladesh yang bertindak liar dan luar kawalan di depan rumah seorang wanita warga tempatan.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Semalam, tular pula satu rakaman video yang menunjukan seorang warga asing dipercayai etnik Rohingya yang bertindak ganas dan di luar kawalan di sebuah jalan di Bukit Bintang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Tsgxy_, lelaki tersebut dilihat sedang memanjat tiang arah jalan dan menendang anggota bomba yang cuba membantunya. Lelaki warga asing itu dipercayai di bawah pengaruh dadah dan dikatakan membawa pisau ketika kejadian berlaku.

Dapat dilihat menerusi perkongsian tersebut, pihak polis terpaksa menggunakan alat renjatan elektrik atau taser untuk menahan lelaki itu.

Difahamkan lelaki etnik Rohingya itu dilihat sering membuat kecoh di kawasan Bukit Bintang.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman tersebut bersimpati melihat anggota bomba yang ditendang oleh penagih tersebut.

Ada juga di antara netizen yang menzahirkan kebimbangan mereka akan masalah yang melibatkan warga asing ini.

Terdahulu, seorang lelaki warga Bangladesh dilihat berkelakuan lucah dan cuba masuk ke dalam sebuah rumah wanita warga tempatan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Cuba Masuk Rumah Wanita Tempatan, Netizen Kecam Kelakuan Lucah Warga Asing Ini

Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia

Anda Mungkin Suka