Warga asing yang ditangkap tidak memakai pelitup muka di pulau peranginan Indonesia, Bali dikenakan hukuman yang lain daripada yang lain, iaitu push-up.

Rakaman video yang beredar di media sosial minggu ini menunjukkan warga asing dengan kemeja-T dan berseluar pendek dihukum melakukan senaman di tengah-tengah panas terik sambil pihak berkuasa berdiri di samping mereka.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Pihak berkuasa Bali mewajibkan semua orang yang berada di Indonesia untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi membendung penyebarang wabak COVID-19 di Indonesia.

Namun, sebilangan besar warga asing baru-baru ini ditangkap tanpa memakai pelitup muka, kata pegawai keselamatan Gusti Agung Ketut Suryanegara.

Lebih daripada 70 orang membayar denda 100,000 rupiah (RM30.00), manakala sekitar 30 yang lain mengatakan mereka tidak mempunyai wang. Sebaliknya, mereka diperintahkan untuk melakukan push-up.

Mereka yang tidak memakai pelitup muka didenda sebanyak 50 push-up, sementara mereka yang tidak memakai pelitup muka dengan baik dihukum sebanyak 15 push-up.

“Pada awalnya, mereka akan mendakwa mereka tidak tahu tentang peraturan itu. Kemudian, mereka mengatakan bahawa mereka lupa atau pelitup muka itu basah atau rosak,” kata Suryanegara.

Sebilangan rakyat Indonesia di pulau itu, yang sebahagiannya adalah beragama Hindu di negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim juga dihukum dengan hukuman yang lain daripada yang lain.

Pihak berkuasa Bali juga telah memberi amaran bahawa warga asing yang melanggar peraturan COVID-19 akan dihalau dari negara itu, walaupun setakat hari ini, belum ada laporan mengenai warga asing yang dihantar pulang ke negara asal kerana gagal memakai pelitup muka.

Terdahulu, seorang lelaki ‘kantoi’ tipu isteri ke Pontianak naik pesawat Sriwijaya Air. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tipu Isteri Ke Pontianak Naik Pesawat Sriwajaya Air, Lelaki Ini Rupanya Ke Bali Dengan ‘Skandal’

Wanita Dari AS Dikecam Netizen Indonesia, Ajar Orang Salah Guna Visa Untuk Tinggal ‘Free’ Di Bali

Wanita AS Dihalau Oleh Kerajaan Indonesia Kerana Sebar ‘Ajaran’ LGBT Di Bali

Anda Mungkin Suka