Pasti anda pernah melihat warga Bangladesh menjual pakaian di ibu kota. Adakah anda tahu bahawa ada segelintir mereka sebenarnya bukan hanya menjadi pekerja untuk menjual tetapi mereka memiliki kedai tersebut?

Terbaharu, pihak pasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor menyerbu empat premis perniagaan di Kenanga Wholesale City.

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan, pihak KPDNHEP mendapati beberapa premis perniagaan di kawasan itu dimiliki warga asing Bangladesh dan mereka berniaga pakaian jenama terkemuka tiruan yang dipercayai diseludup dari luar negara dalam kuantiti besar.

16hm84_1571184048
Sumber: Harian Metro

Untuk pengetahuan anda, warga Bangladesh yang berhijrah ke Malaysia bekerja sebagai buruh kasar dan hanya berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan tetapi kini berpendapatan RM100,000 sebulan hanya dengan jual barangan ciplak.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana disyaki mendedah, membekal dan menyimpan barangan yang menggunakan cap dagang palsu.

Apa pandangan anda mengenai isu lambakan warga asing yang berjaya memiliki aset di negara kita? Adakah anda tahu bahawa warga China dan Bangladesh paling banyak beli rumah di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Warga China Dan Bangladesh Paling Ramai Beli Rumah Di Malaysia

200,000 Graduan Di Malaysia Tidak Mempunyai Pekerjaan Ketika Ini

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Sumber