Seorang jurutera berusia 52 tahun dari China yang memandu di Malaysia tanpa lesen memandu telah menyebabkan kemalangan sehingga membunuh seorang penunggang motosikal ketika membuat pusingan ‘U’ di kawasan larangan dekat persimpangan lampu isyarat.

Menurut Utusan Malaysia, Kejadian yang berlaku di lampu isyarat menghala dari Klang ke Banting di KM13 Lebuhraya Port Dickson telah menyebabkan pemandu warga China itu diseret keluar dari kereta dan dipukul, menyebabkan mukanya berlumuran darah sehingga beliau terpaksa berlutut dan memohon belas kasihan daripada orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Polis Daerah Kuala Langat dalam satu kenyataan berkata cubaan mangsa berusia 33 tahun mengelak pemandu terbabit menyebabkan penunggang motosikal terjatuh sebelum digilis sebuah lori.

“Ini menyebabkan sebuah kereta Daihatsu Charade yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah sama terpaksa masuk ke lorong kiri untuk mengelak daripada melanggar Hilux tersebut.

“Namun, pemandu Daihatsu Charade memasuki lorong berkenaan tanpa melihat dahulu keadaan lalu lintas di sebelah kiri, lantas mengakibatkan pelanggaran dengan motosikal yang ketika itu ditunggang dekat lorong berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan

Pemandu terbabit difahamkan hanya mengalami luka ringan akibat dipukul oleh orang ramai. Dia juga telah diberikan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tiada lesen memandu yang sah dan dia turut disiasat di bawah Seksyen 41(1) akta sama.