Kad pengenalan dan pasport merupakan cara paling mudah untuk mengenali identiti kewarganegaraan seseorang individu.

Terbaharu, seorang ahli perniagaan warga China membuat kenyataan bahawa beliau telah membayar sebanyak RM400,000 untuk mendapatkan MyKad dan pasport warganegara Malaysia.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Menurutnya, MyKad dan pasport yang beliau beli pada mulanya disangka sah di sisi undang-undang tetapi malangnya beliau telah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab yang menjalankan urus niaga penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang tidak sah.

PASSPORT 3

Sumber: The Star

Untuk pengetahuan anda, tujuan utama beliau mahu mendapatkan MyKad dan Pasport Malaysia adalah bagi memudahkannya keluar masuk Malaysia untuk urusan pelaburan dan perniagaan di negara ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai saksi untuk mendakwa 6 individu yang dituduh menjalankan sindiket tersebut iaitu Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, Mohd Faizal Tan Abdullah, Yap Cheng Wah, Loh Chan Cheong, Chien Guan Chai dan ahli perniagaan Lai Chin Wah.

Perkara ini sebenarnya satu benda yang serius. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Adakah anda tahu bahawa rakyat Malaysia kini boleh daftar kelahiran, kad pengenalan dan juga perkahwinan secara atas talian? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Rakyat Malaysia Boleh Daftar Kelahiran, Kad Pengenalan Dan Perkahwinan ‘Online’ Mulai 2020

Apa Makna Warna Pasport Merah, Biru, Hijau Dan Hitam

Ini Makna Imej Pada Halaman Pasport Malaysia Yang Baru

Anda Mungkin Suka