Belum sempat wabak COVID-19 bebas sepenuhnya di negara lain, China nampaknya sudah tidak sabar untuk menjual dan menjamah produk yang terdiri daripada haiwan eksotik buat orang ramai.

Berdasarkan laporan, kelawar yang menjadi punca penularan wabak COVID-19 antara yang masih terjual sekaligus mengundang kerisauan buat orang ramai. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking antara yang tersedia untuk disembelih mengikut kehendak pengguna.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Apa yang merisaukan orang ramai seluruh dunia sudah pastinya tabiat buruk segelintir warga China yang secara tidak langsung bakal mengundang kepada gelombang baharu penularan wabak COVID-19.

26533708-8163761-Cats_waiting_to_be_slaughtered_for_their_meat_in_a_market_in_Gui-a-1_1585443800016

Kucing yang sedia untuk disembelih di pasar basah guilin. Sumber: Daily Mail

26533776-0-image-a-19_1585430893265 (1)

Sumber: Daily Mail

Difahamkan pasar basah yang menawarkan haiwan eksotik ini sudah mulai beroperasi seawal 28 Mac lalu dimana warga China berpendapat negara mereka sudah bebas sepenuhnya daripada COVID-19.

Apa yang membezakan pasar basah yang dibuka pada kali ini dengan sebelum penularan wabak COVID-19 adalah kehadiran pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di internet.

26533774-8163761-A_traditional_medicine_stall_at_Dongguan_market_in_southern_Chin-a-2_1585443805365

Sumber: Daily Mail

Selain daripada isu pembukaan semula pasar basah, dilaporkan terdapat juga propaganda yang dikongsikan melalui platform media sosial China iaitu Weibo yang mengatakan wabak COVID-19 pada awalnya bukan berasal dari China sebaliknya negara Itali serta menolak spekulasi mereka yang membuatkan wabak ini mulai merebak.

Setakat ini, Amerika Syarikat serta beberapa negara lain antara yang mula skeptikal dengan berita yang dikeluarkan oleh negara China pada ketika ini selepas mendakwa China mengeluarkan jumlah angka kes dan kematian yang palsu mengenai COVID-19 kepada orang ramai.

Pilihan warga China untuk mulai melancong ke negara luar seawal April ini turut menimbulkan panik buat orang ramai sekaligus meminta pihak kerajaan menyekat laluan penerbangan China memasuki negara.

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

 

Anda Mungkin Suka