Sejak Filipina dilanda wabak COVID-19, dapat dilihat pemimpin dan pihak berkuasa negara ini mengambil keputusan diluar jangkaan ramai dan drastik dalam menghukum rakyat mereka yang ingkar arahan lockdown yang diumumkan negara.

Beberapa hari yang lalu, Presiden Filipina, Duterte mengeluarkan arahan buat pihak polis dan tentera supaya membunuh mana-mana rakyat di negara tersebut yang melanggar arahan semasa lockdown dijalankan.

Negara ini nampaknya tidak perlu menunggu lama selepas seorang warga berusia 63 tahun memilih untuk mengingkar arahan lalu ditembak mati oleh pihak polis.

COVID-19 Lockdown Filipina
Sumber: SCMP

Difahamkan warga emas yang sedang dalam keadaan mabuk pada awalnya telah mempersoalkan dan melawan arahan pihak polis yang mengarahkan untuk memakai face mask.

Pihak polis juga pada awalnya turut memberi amaran keras sebelum warga emas ini memilih untuk mencetuskan provokasi dengan menyerang pihak polis menggunakan pisau cukur sebelum ditembak mati.

Kematian warga emas ini dilaporkan menjadi orang awam pertama di Filipina yang ditembak mati kerana mengingkar arahan sempena lockdown dijalankan.

karlo_nograles_2016_09_15_14_53_36
Pegawai kerajaan Filipina, Karlo Nograles

Pegawai kerajaan Filipina, Karlo Nograles turut mengeluarkan arahan keras kepada orang untuk hanya keluar rumah denga memakai face mask untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Ketahui lebih lanjut dengan tindakan yang dijalankan kerajaan Filipina terhadap mereka yang langgar perintah lockdown dengan klik pautan di bawah.

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Kandang Anjing Jadi Penjara Buat Individu Yang Melanggar Perintah ‘Lockdown’ Di Filipina

Ibu Bapa Di Filipina Kreatif, Beri Nama Anak ‘Corona’