Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan aksi pengunjung di sebuah pasar raya di Indonesia, panic buying dan berebutkan jenama susu yang dikatakan boleh mencegah jangkitan virus COVID-19.

@anwidisini

♬ suara asli – Dean – DELI STORE

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Tangerang, Jakarta selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersetuju untuk melaksanakan Pembekuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat bagi mengawal penularan COVID-19 bermula 3 Julai lalu.

Susulan itu, segelintir rakyat Indonesia mula panic buying dan terpedaya dengan dakwaan palsu yang mengatakan bahawa susu berkenaan mengandungi khasiat yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus COVID-19 seperti dihebahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, khasiat susu tersebut sama sahaja seperti jenama susu lain yang terjual di pasaran. Namun, ada segelintir penduduk di Indonesia yang sangat percaya dengan berita yang tidak sahih.

Perkara seperti ini adalah sesuatu yang kerajaan Indonesia mahu elak daripada berlaku kerana kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi. Untuk rekod, setakat semalam, Indonesia mencatatkan sebanyak 27,233 kes positif baharu dan 555 kematian.

Namun apa yang pasti setakat hari ini, masih tiada lagi kajian yang mengatakan bahawa makanan atau minuman mampu mencegah jangkitan virus COVID-19 kecuali dengan bantuan suntikan vaksin COVID-19.

Baca lagi artikel menarik mengenai COVID-19 menerusi klik pada pautan di bawah ini. 

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf Oleh EU ‘Vaccine Passport’

Tular Video Tiga Lelaki Lari Dari Kawasan PKPD, Suspek Dipercayai Penagih Dadah

Bahayakan Orang Ramai, Pesakit COVID-19 ‘Kantoi’ Cuba Seludup Rokok Dalam Roti Ke Pusat Kuarantin

Sumber