Lembah Klang adalah salah satu wilayah yang paling teruk dilanda wabak COVID-19. Semalam sahaja, kawasan ini telah menyumbang lebih 6,000 kes baharu yang berjumlah 17,105. Namun dalam kacau-bilau yang terjadi di Lembah Klang, ada berita baik yang perlu disampaikan iaitu kawasan ini hampir mencapai tahap 100 peratus vaksinasi dos pertama.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh The Star, setakat 30 Julai, seramai 5,565,789 orang atau 90.3 peratus daripada populasi dewasa, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menerima dos pertama mereka, menurut Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2021-08-04 at 9.39.44 AM
The Star

Prakarsa yang dikenali sebagai ‘Operation Surge Capacity (OSC)’ bermula pada 16 Julai lalu bertujuan untuk memastikan bahawa semua anggaran 6.1 juta penduduk di Lembah Klang yang berumur 18 tahun ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos pada hari ini. Dan sejak 16 Julai, antara 113,742 dan 156,757 orang setiap hari telah diberikan dos pertama.

OSC juga diwujudkan untuk membantu meningkatkan peratusan penerima dos kedua di Lembah Klang. Pada 30 Julai, sejumlah 2,113,511 orang atau 34.3% daripada populasi dewasa Lembah Klang telah menerima dos kedua.

Screenshot 2021-08-04 at 9.40.44 AM
The Star

Situasi sekarang menunjukkan petanda yang positif dan kemungkinan Lembah Klang bakal menunjukkan penurunan kes seperti yang terjadi di Labuan setelah vaksinasi mencapai tahap yang diinginkan.

“Melihat bukti dari Labuan dan negara-negara lain, kita dapat menjangkakan jumlah kes di Lembah Klang akan menurun seiring bertambahnya jumlah dan peratusan orang yang divaksin sepenuhnya,” kata Anggota Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, penyelaras operasi untuk kerajaan negeri Selangor.

Tahukah anda bahawa vaksin BioNTech Pfizer dihasilkan oleh orang Muslim? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tahukah Anda Bahawa Vaksin BioNTech Pfizer Dihasilkan Oleh Orang Muslim?

Kenali Sarah Gilbert, Pembuat Vaksin AstraZeneca Yang Menolak Untung Jutaan Dolar

Doktor Ini Cerita Pengalaman Jaga Pesakit COVID-19 Nazak, Merayu Minta Dicucuk Vaksin