Ini pastinya satu isu yang sedikit sebanyak memberi imej buruk pada negara kita. Baru-baru ini, seorang lelaki warga Malaysia telah ditahan kerana disyaki telah memasang kamera secara rahsia untuk mengintai penumpang di dalam penerbangan United Airlines.

Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut iatu Choon Ping Lee dikatakan telah memasang kamera dalam tandas kelas pertama pesawat tersebut ketika dalam penerbangan ke Hauston dari San Diego pada 5 Mei 2019 yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kegiatan tersebut terbongkar apabila kamera itu ditemui oleh seorang penumpang wanita yang terlihat cahaya biru menyala dari alat tersebut lalu wanita itu membawa kamera itu kepada anak kapal. Justeru itu, anak kapal telah menyerahkan kamera tersebut kepada pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa George Bush.

united-inflight-entertainment-system*750xx1600-900-0-84
Gambar hiasan. Sumber: Google

Setelah itu, Choon Ping Lee telah ditangkap berikutan rakaman video dalam kamera tersebut menunjukkan dia memasangnya dalam tandas pesawat tersebut. Pihak berkuasa berjaya mengesannya berdasarkan pakaian dan barang kemas dipakainya ketika menaiki penerbangan itu. Choon Ping Lee bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas di Halliburton.

Malah, dia telah menjadi orang pertama ditahan kerana mengintai di dalam pesawat sejak undang-undang berkaitan kesalahan tersebut digubal 15 tahun lalu. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara selama setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber