Digelar sebagai pesakit paling sunyi dek kerana tidak mempunyai seorang pelawat pun sepanjang enam bulan yang lalu. Itulah yang dihadapi warga Malaysia Khaidir Abu Jalil, 34 tahun yang kini terlantar di salah sebuah hospital di Sydney, Australia.

Kisah kesunyian Khaidir yang kini terlantar di Hospital St Vincent itu mula mencuri tumpuan sejak minggu ini apabila beliau difahamkan bakal dibenarkan untuk keluar dari hospital berkenaan selepas selesai menerima rawatan di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
sydeny1
Khadir Abu Jalil di Hospital St Vincent. FOTO: The Sydney Morning Herald.

Menurut laporan The Sydney Morning Herald, beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan pada Julai lalu kerana menghidap penyakit autoimun dengan kadar kesembuhan 50 peratus.

Sepanjang berada di hospital berkenaan, beliau difahamkan tidak mempunyai kenalan, tidak mempunyai telefon bimbit dan capaian internet. Manakala keluarganya pula berada di Malaysia.

Ditambah pula dengan perkembangan COVID-19 ketika ini yang menghalang keluarga atau kenalan untuk menemaninya di hospital, keadaan difahamkan bertambah teruk buat beliau di sana.

Beliau bagaimanapun menurut laporan berkenaan difahamkan ada berhubung dengan keluarganya di Malaysia dan memaklumkan mengenai keadaan beliau di sana.

Khidir yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera pembuatan difahamkan tiba di negara berkenaan pada Julai tahun lalu dan menjalani kehidupan biasa dan berada dalam keadaan sihat sehingga awal tahun ini.

Bagaimanapun semenjak Februari tahun ini, suhu badan beliau boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius setiap hari manakala berat badannya pula menyusut sehingga 40 kilogram.

“Ketika dihantar ke sini, dia dalam keadaan parah dan ‘kelihatan mengerikan’ menanggung kesakitan dengan kadar oksigen yang rendah, tidak dapat bernafas dan perlu diintubasi di unit rawatan rapi (ICU).

“Dia juga dikenali sebagai ‘lelaki paling sunyi’ tanpa seorang pun pelawat di hospital ini, di mana tempat ramai orang merasai pengalaman paling teruk dalam hidup mereka,” menurut Ketua Bahagian Rheumatologi Hospital St Vincent, Dr Laila Girgis seperti dipetik Sinar Harian.

Pakar perubatan di sana juga menjelaskan mereka tidak pernah merawat seseorang yang begitu sakit dan sunyi selama mereka bekerja. Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan yang kesunyian berkenaan boleh menghalang kesembuhannya.

Bagaimanapun, kini selepas hampir enam bulan terlantar di sana, beliau kini dilaporkan semakin pulih dan petugas kesihatan juga optimistik dengan perkembangan yang dilaluinya.

Beliau dijangka akan dibenarkan untuk keluar daripada hospital berkenaan sekitar sambutan Hari Krismas minggu ini.

Bagaimanapun, laporan berkenaan menyebut ‘masa depannya tidak dapat dipastikan’ terutama dengan status visa yang dimilikinya dan masalah kekurangan wang.

Beliau bagaimanapun difahamkan bakal ditempatkan di kemudahan perlindungan gelandangan selama dua minggu di Tierney House yang diuruskan oleh hospital berkenaan di Darlinghurst.

Baca juga perkembangan semasa dari seluruh dunia yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Cerita Di Sebalik ‘Rumah Paling Sunyi’, Dibina Untuk Selamat Dari Serangan Zombie?

Pernah Tinggal Dan Bersekolah Di Malaysia, Datuk Bandar Di Amerika Syarikat Jadi Perhatian

Anak Melayu Terkenal Di China, Video Nyanyian Dalam Mandarin Raih 170 Juta Tontonan