Lazada dan Shopee merupakan antara pusat membeli-belah secara dalam talian yang popular setakat ini. Kedua-dua pusat membeli-belah itu juga menawarkan penjualan barangan yang menjadi pilihan para ibu seperti barang dapur dan barang penjagaan diri.

Import barang dari Johor Bahru ke Singapura

Terbaharu, muncul pula satu halaman membeli-belah barangan keperluan dapur dan penjagaan diri secara dalam talian yang dijenamakan sebagai BuyJB. Menurut halaman Mothership.sg, halaman BuyJB ini hanya menawarkan barangan keperluan tersebut khusus untuk penjualan eksport ke Singapura sahaja.

Bagi yang belum tahu, Bandaraya Johor Bahru merupakan destinasi yang menjadi tumpuan serta syurga membeli belah bagi warga Singapura tambahan pula menjelang musim perayaan, seperti dilaporkan halaman Astro Awani. Gara-gara pandemik ketika ini, mereka tidak dibenarkan untuk ke Johor Bahru.

Maka tidak hairan mengapa halaman BuyJB diwujudkan untuk memudahkan urusan warga Singapura untuk membeli barangan keperluan walaupun terpaksa diimport dari Johor.

Barang akan sampai dalam masa empat hari

Difahamkan, barang yang dipesan akan dihantar di hadapan pintu rumah pelanggan menerusi pekhidmatan penghantaran secara persendirian. Pelanggan hanya dikehendaki untuk membayar caj penghantaran sebanyak $20 (~RM60.80). Dijangkakan dalam masa empat hari waktu bekerja, barang tersebut akan sampai ke tangan pelanggan. 

Harga barang lebih murah berbanding pasaran di Singapura

Tambah menarik, harga barangan yang dijual menerusi halaman BuyJB juga dikatakan sangat berbaloi dan lebih murah berbanding dengan harga barangan di pasaran Singapura. Menjengah ke halaman BuyJB, didapati hampir 1,700 produk tersedia terjual dan kebanyakannya adalah produk jenama tempatan.

BeFunky-collage (5)
Antara produk jenama tempatan yang dijualkan menerusi BuyJB. | Sumber: BuyJB

Difahamkan, halaman BuyJB ini hanya menerima kaedah secara PayNow di mana kaedah ini membenarkan pembayaran pemindahan wang walaupun menggunakan mata wang Dollar Singapura. Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja klik pada pautan ini.

Wanita ini kongsikan beberapa barang yang terjual di Pekan Rabu kini boleh didapati di Shopee. Baca lebih lanjut pada pautan di bawah.

Sering Menjadi Tumpuan, Wanita ini Kongsikan Barangan Pekan Rabu Yang Ditawarkan Di Shopee

Kerajaan Mahu Hasilkan Aplikasi E-Dagang Untuk Tandingi Shopee Dan Lazada

Proton X50 Sedia Untuk Ditempah Di Shopee Dengan Harga Serendah RM1

Sumber