Walaupun ramai yang mengeluh dengan harga iPhone terbaru, XS dan XS Max yang semakin mahal, ianya langsung bukan masalah buat peminat tegar iPhone.

Singapura menjadi antara negara yang paling awal mendapat stok untuk telefon pintar terbaru daripada Apple ini dan akan dilancarkan secara rasmi di Apple Store, Orchard Road.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya akan dijual tepat pada jam 9 pagi esok. Kerana tidak mahu terlepas menjadi antara yang pertama mendapatkan telefon pintar ini, ada yang sudah mula beratur sejak jam 11 pagi tadi dan sanggup untuk menunggu seharian untuk membeli telefon idaman mereka pada hari esok.

Juallah pada harga tinggi akan ada sahaja peminat setia Apple yang akan membelinya. Menarik apabila harga iPhone XS Max kini hampir sama harga dengan MacBook Pro di Singapura.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan iPhone XS Max? Kualiti videonya setakat ini hebat dan anda boleh melihatnya di sini.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!