Warga tempatan telah menjadi dalang disebalik sindiket pemalsuan dokumen ujian saringan COVID-19 selepas polis menahan dua warganegara Bangladesh dalam satu serbuan berasingan di Jalan Alor, Kuala Lumpur, petang semalam.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek bukan warganegara tersebut telah bekerja dengan dua lelaki warga tempatan dengan anggaran gaji sebanyak RM1,500 dan RM1,700 sebulan.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Sindiket ini telah beroperasi secara terang-terangan di kaunter kaki lima kedai Jalan Alor dengan sasaran pelanggan terdiri daripada warganegara asing. Mereka akan mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warganegara asing dengan bayaran sebanyak RM50.00.

Polis Kuala Lumpur tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 untuk warga asing dan menahan…

Posted by Bernama TV on Saturday, 6 June 2020

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

Selain tangkapan dua individu warga asing tersebut, pihak polis turut merampas komputer riba dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Mazlan berkata, polis memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Terdahulu, ATM menafikan mereka perlu memakai alat keselamatan selepas dilempar dengan air kencing oleh warga asing yang ditahan di zon merah COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

ATM Nafi Tentera Perlu Pakai ‘Helmet’ Elak Air Kencing Warga Asing

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Didakwa Lempar Objek Kepada Petugas Keselamatan

Wanita Warga Asing ‘Kantoi’ Mohon MyKad Guna Identiti Orang Telah Meninggal Dunia

Anda Mungkin Suka