Hantaran pada akaun TikTok @zoragontktk telah mencetus 1,001 persoalan orang ramai setelah menonton ketiga-tiga video kemalangan melibatkan sebuah BMW dengan beberapa rider penghantar makanan.

Menurut @zoragontktk, abangnya merupakan seorang rider penghantar makanan telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW berwarna gelap. Lebih teruk lagi, pemandu BMW itu memecut laju meninggalkan abangnya begitu sahaja di tempat kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@zoragontktk/video/7064144638604709146?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

https://www.tiktok.com/@zoragontktk/video/7064214433307970842

https://www.tiktok.com/@zoragontktk/video/7064215024981544218

Selang beberapa jam selepas itu, @zoragontktk turut berkongsi dua lagi rakaman dashcam di mana pemandu BMW itu telah melanggar dua rider berasingan. Menurutnya, ketiga-tiga kemalangan tersebut berlaku dalam tempoh satu jam.

Hasil carian di Facebook pula mendapati orang ramai mula berkongsikan hantaran video yang tular ketika ini dalam membantu mangsa-mangsa yang tidak bersalah untuk menangkap pemandu BMW terbabit.

Ada saksi menyatakan memang pemandu BMW itu membawa keretanya dalam keadaan sangat berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber Gambar: Facebook Muqri Abdul Jabar
Sumber Gambar: Facebook Muqri Abdul Jabar
Sumber Gambar: TikTok @zoragontktk
Sumber Gambar: TikTok @zoragontktk

Pada masa sama, orang ramai tertanya-tanya apakah motif pemandu terbabit sehingga sanggup berbuat sedemikian. Adakah dia mempunyai ‘dendam’ dengan rider atau dia sedang memandu di bawah pengaruh dadah/alkohol.

Hasil semakan netizen turut mendapati kereta BMW itu mempunyai satu saman yang bernilai RM300.

Jika sesiapa sahaja merupakan saksi atau mempunyai bukti semasa insiden ‘langgar lari’ salah satu tiga orang penunggang motosikal terbabit, bolehlah pergi ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu BMW telah dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan selepas dia telah melanggar rider. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Amuk Geng ‘Food Delivery’, Pemandu BMW Dipukul Dan Dikejar Penunggang Motosikal

Pemilik Kereta BMW Diundi ‘Pemandu Paling Bermasalah’ Dalam Satu Tinjauan

Sumber