Nama Abdul Latif Romly dijulang sekali lagi oleh satu Malaysia setelah beliau berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya semasa di Paralimpik Rio 2016 lalu apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Persaingan acara lompat jauh tersebut turut menarik perhatian dunia apabila kali ini atlet dari Greece, Thanasis Prodromou telah menunjukkan nilai sportmanship yang dikagumi oleh orang ramai dengan membantu Latif Romly yang kesakitan akibat terjatuh selepas membuat lompatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Thanasis orang pertama yang segera meluru ke arah Latif dan melihat keadaannya terlebih dahulu sebelum pasukan medik datang untuk memberikan rawatan kepada Latif.

Rata-rata warganet mengambil kesempatan untuk ‘menghujani’ pujian di ruangan komen media sosial Thanasis. Mereka menyatakan nilaiĀ sportmanshipĀ yang ditunjukkan oleh atlet dari Greece tersebut bertarafĀ world class.

Sehinggakan ada yang berpendapat acara tersebut mempunyai dua pemenang, Latif Romly memenangi pingat emas dan Thanasis Prodromou memenangi hati orang ramai.

Sumber Gambar: Facebook Thanasis Prodromoub
Sumber Gambar: Instagram @thanasis__prodromou

Ketika artikel ini ditulis, Instagram dan Facebook atlet Greece tersebut masih dihujani dengan komen pujian atas sportmanshipĀ yang ditunjukkan dan pada masa yang sama orang ramai turut mengucapkan tahniah ke atas pingat perak yang dimenanginya.

Ternyata apa-apa jenis sukan di dalam dunia ini bila disuntik dengan semangat kesukanan yang tinggi ia bukan sahaja merapatkan hubungan wakil atlet antara sesebuah negara, bahkan ia juga boleh ‘menyatukan’ netizen antara negara tersebut.

Baca kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen kepada Ziyad Zolkefli setelah beliau terlepas pingat emas baru-baru ini melalui pautan di bawah.

‘Tetap Hero Dihati Kami’- Netizen Sayu Dan Beri Kata Semangat Selepas Ziyad Zolkefli Minta Maaf

Sumber