Bagi kanak-kanak yang membesar pada tahun 1990an pasti sudah cukup kenal dengan model kereta mini 4WD Tamiya yang dipopularkan oleh animasi ‘Dash! Yonkuro’. Pada waktu itu boleh dikatakan setiap orang pasti memiliki sebuah model Tamiya di dalam biliknya.

Selepas hampir lebih 30 tahun, model kereta mini Tamiya kini ‘digilai’ oleh golongan dewasa dengan modifikasi yang sangat teknikal sehingga membolehkan kereta mini itu boleh bergerak pada kelajuan yang luar biasa — hilang dari pandangan — sejurus diletakkan di dalam litar pelumbaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini satu video daripada akaun TikTok @Thanwa415 dari Thailand telah mencuri perhatian warganet apabila kereta mini Tamiya yang dirakam gagal dikesan kerana ia bergerak sangat laju.

Video tersebut baru sahaja dikongsikan pada tiga hari lalu, bagaimanapun jumlah tontonnya sudah mencapai lebih 5.5 juta, 380,000 tanda suka dan dua ribu komen daripada pengguna TikTok dari seluruh dunia.

Rata-rata ramai meluahkan perasaan kagum apabila melihat kereta mini Tamiya bergerak sangat laju sehinggakan lelaki tersebut gagal menangkap semula kereta itu dengan menggunakan kain bagi mengelakkan tangannya tercedera.

Pada masa sama warganet turut mengimbau kembali pengalaman bermain kereta tersebut sewaktu mereka masih kecil. Ada yang bermain sehingga enjin terbakar, sanggup kotorkan pakaian sekolah untuk bermain di dalam ‘litar longkang’,  bina sendiri litar menggunakan simen dan pasir dan sanggup tidak makan semata-mata mahu memenuhi kepuasan permainan hobi ini.

Sumber Gambar: TikTok @thanwa415
Sumber Gambar: TikTok @thanwa415
Sumber Gambar: TikTok @thanwa415
Sumber Gambar: TikTok @thanwa415
Sumber Gambar: TikTok @thanwa415
Sumber Gambar: TikTok @thanwa415

Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan, ternyata kereta mini Tamiya telah menjadi satu hobi yang diterima oleh seluruh dunia sehingga wujud satu komuniti yang saling berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam membangunkan kereta Tamiya mengikut minat masing-masing.

Jika anda berasa teringin untuk kembali bermain Tamiya atau mahu menghadiahkan kepada anak sendiri atau anak saudara, atau mahu mencari kelengkapan Tamiya bolehlah dapatkan pelbagai jenis model Tamiya melalui pautan ini.

Jenama kereta mini Jepun ini sangat popular sehingga mendapat perhatian jenama streetwear Supreme untuk berkolaborasi sebelum ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tamiya Umum Kolaborasi Bersama Supreme

Kanak-Kanak Riang Sekitar 90an Pasti Tahu Beberapa Perkara Di Bawah

10 Perkara Pelajar Sekolah Rendah 90-an Selalu Buat. #3 Paling Mengimbau Kenangan

Sumber