Indonesia mengambil inisiatif untuk meniru beberapa negara maju dalam penggunaan sistem cip RFID yang mempunyai banyak manfaat kepada masyarakat tempatan.

Menurut Pengarah Unit Polis Trafik, Brigedier Jeneral Yusri, penggunaan cip RFID pada nombor plat kenderaan, plaza tol dan parkir berbayar sudah menjadi satu kebiasaan di negara-negara maju, lapor Gowapos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Memang benar cip itu akan wujud, lebih-lebih lagi sekarang ia merupakan revolusi 4.0 yang mempunyai lebih banyak kegunaannya.

“Cip itu dapat menyimpan data-data kenderaan peribadi. Sekaligus, memudahkan kehidupan seharian orang ramai,” terang Brigedier Jeneral Yusri.

Tambah beliau lagi, sistem tersebut dianggap sesuai kerana boleh diintegrasikan dengan sistem-sistem lain seperti pembayaran parkir, plaza tol dan membolehkan pihak berkuasa menjaga keselamatan dengan memantau serta mengesan pemilik kenderaan.

Pada masa sama, Indonesia juga bakal mengubah latar belakang nombor plat daripada berwarna hitam menjadi putih bermula bulan Mac akan datang bagi menyokong penggunaan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) dalam sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE).

“Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, ANPR lebih sesuai dikuatkuasakan tanpa sebarang masalah dengan penggunaan latar belakang nombor plat berwarna putih dan huruf serta nombor standard,” jelas Brigedier Jeneral Yusri.

Sebelum ini tular satu video rakaman sebuah van melepasi palang RFID tanpa memperlahankan langsung kenderaan semasa ujian dibuat. Lihat video tersebut melalui pautan di bawah.

Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Tol RFID Dilengkapi Kamera Pengecaman Nombor Plat Dan Sistem ‘AI’ Mula Beroperasi

Sumber