Daripada siri kini bakal tampil dengan filem, The Flash pastinya memiliki peminatnya tersendiri. Berita ini diumumkan oleh Warner Bros. sebelum ini dan filem The Flash pastinya dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Untuk pengetahuan anda, filem ini diarahkan oleh Andy Muschietti dimana beliau merupakan pengarah karya epik IT. Ramai orang cukup teruja untuk melihat hasil filem The Flash di bawah arahan beliau.

Filem ini merupakan filem solo pertama The Flash dan bakal menampilkan Ezra Miller sebagai pemegang watak utama. Tidak banyak yang boleh dikatakan tetapi adalah menjadi tanda tanya bagaimana filem ini akan bersambung dengan Justice League atau filem DC yang lain.

Diharap anda dapat bersabar kerana filem ini akan menemui anda pada 1 Julai 2022. Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini.

Tahukah anda bahawa pada tahun 2022 filem sekuel Aquaman juga akan ditayangkan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Warner Bros Umum Aquaman 2 Bakal Ditayangkan Pada 2022

Aquaman 2 Sedang Dalam Perbincangan, James Wan Mungkin Kembali Mengarah

Aquaman Kini Filem Terlaris DC Mengalahkan The Dark Knight Rises