Berdasarkan laporan, selepas keputusan kes saman Amber Heard berpihak kepada Johnny Depp, Warner Bros Pictures dikhabarkan bakal memadam semua babak Amber Heard dalam filem Aquaman and The Lost Kingdom.

Laporan tersebut berkata keputusan itu dibuat berdasarkan satu mesyuarat ‘pihak atasan’ membincangkan keperluan menggugurkan Amber daripada sekuel Aquaman yang akan datang.

Amber sudah melakonkan babak beliau di London tahun lalu dan cara watak beliau dihentikan kemungkinan besar secara off-screen death. Salah satu teorinya adalah Mera bakal meninggal dunia ketika melahirkan anak dan diterangkan di awal filem.

Dalam laporan IGN sebelum ini, pengarah James Wan dan Jason Momoa sebenarnya mahu mengekalkan Amber Heard dalam Aquaman 2 tetapi nampaknya mereka perlu bersedia jika Amber Heard dibuang daripada sekuel ini demi kejayaan filem Aquaman 2.

Percaturan Warner Bros untuk ‘DC Universe’ kini jadi serba tidak kena. Sebelum ini, harapan tinggi Warner Bros untuk filem The Flash ‘terbantut’ disebabkan pelakon Ezra Miller. Ezra berdepan kontroversi kerana ditangkap beberapa kali oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan yang sedikit sebanyak mencemarkan imejnya sebagai The Flash.

Ada pengkritik berpendapat jika Amber dibuang daripada siri Aquaman, beliau mungkin tidak akan disunting lagi oleh mana-mana rumah produksi Hollywood di masa akan datang.

Aquaman and the Lost Kingdom dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023. Mungkinkah akan ada watak baharu diperkenalkan jika Amber tiada nanti?

Johnny Depp dalam satu kenyataan meluahkan rasa terima kasih kepada juri kerana memberikan kehidupannya kembali. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Juri Berikan Kehidupan Saya Semula’ – Johnny Depp Terharu Menang Kes Fitnah Amber Heard

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

‘Populariti Adalah Satu Ketagihan’ – Komen Elon Musk Mengenai Kes Johnny Depp Dan Amber Heard

Sumber