Nampaknya Warner Bros dan DC Comics sudah memperlihatkan teaser untuk filem superhero akan datang mereka, Wonder Woman 1984 (WW84). Poster khas WW84 dikongsikan sendiri oleh pengarahnya, Patty Jenkins.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Diana Prince (Gal Gadot) dipat dilihat menyarungkan perisai emas yang kemungkinan besar bakal digunakan untuk pertempuran dalam WW84. Perisai emas ini mirip perisai yang disarungkan Diana dalam siri komik Kingdom Come karya Mark Waid dan Alex Ross.

Namun menurut Patty, tiada sebarang teaser lain akan dikongsikan ketika ini dan trailer rasmi pertamanya hanya akan didedahkan pada bulan Disember nanti.

Namun, poster ini turut dikaitkan dengan beberapa isu yang lain. Ada yang mengatakan poster ini ‘meniru’ konsep poster Thor: Ragnarok. Ada juga yang menjadikan Wonder Woman sebagai simbol LGBTQ. Semuanya kerana pemilihan warna ‘pelangi’ untuk poster ini.

https://twitter.com/nick_ramsey/status/1136735650416340992

Adakah ianya hanya kebetulan atau disengajakan? Abaikan dahulu interpretasi peminat ketika ini. Yang penting, kita tonton dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan. Wonder Woman 1984 akan berada di pawagam 4 Jun 2020.