Rata-rata peminat Batman pastinya telah menonton filem baharu Batman di pawagam dan melihat adegan The Riddler (Paul Dano) bersama Joker di hujung filem dan ramai membuat andaian siapakah yang bakal memegang watak Joker dalam filem Batman arahan Matt Reeves akan datang.

Persoalan itu terjawab selepas Warner Bros. secara mengejut telah berkongsikan adegan yang telah dipotong dalam filem The Batman memaparkan adegan klasik Batman (Robert Pattinson)bertemu Joker buat pertama kalinya dalam versi Matt Reeves.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelakon filem Dunkirk dan Eternals, Barry Keoghan adalah lelaki yang memegang watak Joker dan dalam adegan ini, kita dalam melihat watak Joker secara lebih dekat. Di dalam filem, Barry hanya muncul secara cameo dengan menjadi rakan sepenjara The Ridder di Arkham Asylum.

Joker versi Matt Reeves dilihat lebih ‘sakit’ dan ngeri berbanding Joker versi Christopher Nolan (Heath Ledger) sebelum ini. Dapat dilihat parut luka di seluruh tubuh, kepala dan lupa pada Joker versi Matt Reeves.

Sebelum ini salah satu cara untuk menonton adegan ini adalah dengan menyelesaikan teka teki di laman https://www.rataalada.com yang sama dikongsikan The Riddler dalam filem The Batman. Anda perlu menjawab dengan tepat beberapa teka-teki yang ada sebelum anda ‘dihadiahkan’ adegan khas ini.
.
Namun ada sebab mengapa adegan ini dipadam terus daripada filem The Batman. Dalam satu temu bual bersama Variety, Matt Reeves berkata filem ini bukan seperti filem Marvel atau DC sebelum ini di mana ada babak yang memberi ‘hint’ akan adanya sambungan di filem seterusnya.

“Saya tidak ada idea sama ada kami akan kembali dengan watak yang sama di filem akan datang. Cukup sekadar memberitahu ada antara watak itu ‘wujud’,” terangnya.

Dengan memberi lebih pendedahan kepada Joker ibarat mengesahkan Joker bakal muncul dalam filem akan datang The Batman. Warner Bros. tidak mahu komitmen seperti itu buat masa ini.

Andaian kedua jika munculnya Joker secara terang-terangan, ia pastinya akan overshadow watak jahat utama dalam filem ini, The Riddler serta beberapa watak lain seperti Penguin (Colin Farrell) dan Carmine Falcone (John Turturro).

Apa pun, adakah anda berharap Joker ini muncul dalam filem akan datang Batman? Yang pasti dengan kejayaan filem ini di seluruh dunia, akan adanya filem sekuel The batman tidak lama lagi.

The Batman sebelum ini menjadi isu hangat di Malaysia kerana timbul salah faham antara antara pawagam dan penonton. Baca lagi pada pautan di bawah.

TGV Cinemas ‘Re-Start’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat

Mengapa ‘The Batman’ Lebih Unik Dan Berbeza Menurut Pandangan Pelakon Dan Pengarah

Sumber