Setakat ini filem Aquaman telah dinobatkan sebagai filem DC dengan kutipan paling banyak. Disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, tanpa berlengah lagi pihak produksi telah mengumumkan tarikh tayangan Aquaman 2. Sebelum ini peminat hanya diberi ‘hint’ yang menyatakan tayangan ini akan dimulakan pada sambutan krismas 2022.

Menurut laporan, pihak Warner Bros telah mengumumkan tarikh sebenar tayangan bermula iaitu pada 16 Disember 2022 nanti. Sekuel Aquaman ini akan menyaksikan perubahan peranan James Wan yang akan dipertanggungjawabkan sebagai penerbit bersama Peter Safran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun tarikh tayangan Aquaman 2 mendapat kritikan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa tempoh menunggu 3 tahun terlalu lama. Mungkin pihak produksi mahu mengekalkan jangka masa yang hampir sama seperti pertama kali Aquaman ditayangkan dahulu.

https://twitter.com/ThePlaylist/status/1100828300723646464

https://twitter.com/fincherism/status/1100818203431890947