Impian peminat setia DC Comics untuk melihat filem Justice League hasil tangan pengarah tersohor Zack Snyder akhirnya menjadi kenyataan apabila pihak Warner Bros. Pictures mengesahkan mereka akan menayangkan Justice League Zack Snyder Director’s Cut pada tahun 2021 di HBO Max.

Perkara berkenaan mendapat perhatian serta pertimbangan Warner Bros Pictures selepas petition #ReleaseTheSnyderCut mendapat sokongan yang baik daripada peminat. Zach Snyder adalah pengarah asal filem Justice League sebelum beliau terpaksa mengundur diri daripada kerusi pengarah atas urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Joss Whedon (pengarah filem The Avengers) diberi tanggungjawab untuk menyambung tugasan post-production. Disebabkan Joss turut mempunyai suara untuk filem tersebut, ada adegan yang perlu dirakam semula supaya ia mengikut citarasa Joss. Justeru itu, hasil tangan penuh Snyder tidak dapat diperlihatkan secara total.

Disebabkan gaya directing Whedon dan Snyder yang berbeza (anda boleh lihat perbezaan dalam Avengers dan Batman vs Superman), ramai yang mahu menonton versi Snyder pula yang dikatakan mengambil pendekatan lebih dark dan serius.

Warner Bros. membelanjakan hampir USD300 juta (~RM1.3 bilion) untuk menghasilkan filem Justice League ini (termasuk kos tambahan untuk rakaman semula versi Whedon) dan ‘cuma’ membuat kutipan USD650 juta (~RM2.8 bilion) di seluruh dunia, satu jumlah yang kecil untuk sebuah produksi berskala besar.

Versi Snyder’s Cut ini mungkin salah satu cara Warner Bros. untuk ‘buat duit’ lebih di samping memenuhi kehendak peminat untuk melihat Justice League dengan idea asal Snyder. Apa pun rancangannya, dua-dua pihak menang dan kami juga sudah tidak sabar untuk menonton versi Snyder’s Cut ini.

Ini pula penjelasan pengarah mengapa terdapat kereta Proton dalam filem Extraction yang sedang meletup di Netflix. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengarah Filem Extraction Jelaskan Mengapa Kereta Proton Digunakan Di Dalam Filemnya

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Deadpool 2 Disaman Sebanyak RM 1.3 Juta Atas Kematian Pelakon Aksi