Khas buat peminat setia Arctic Monkeys selepas menunggu bertahun-tahun, akhirnya album Tranquility Base Hotel & Casino telah menemui peminat pada bulan Mei yang lalu. Tidak seperti album sebelumnya, kali ini tiada single yang diperkenalkan terlebih dahulu, tetapi mereka memilih untuk berkongsi lagu ‘Four Out of Five’ terlebih dahulu sebagai ‘teaser’.

Semalam, kumpulan dengan genre BritPop ini telah berkongsi sebuah video dokumentari atau filem pendek yang berdurasi 11 minit bertajuk ‘Warp Speed Chic’. Dokumentari pendek yang diarahkan oleh Ben Chappell ini merakam proses Alex Turner dan ahli kumpulan lain menghasilkan album ‘Tranquility Base Hotel & Casino’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, Arctic Monkeys juga sekali lagi memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan jualan khas album ‘Tranquility Base Hotel & Casino’ dalam bentuk piring hitam atau lebih dikenali sebagai 7″.

Anda boleh mula pra-tempah pada 30 November ini di laman web Domino Record. Inilah evolusi muzik Arctic Monkeys. Muzik mereka berubah jadi lebih deep dan matang seiring dengan masa.

Sumber