Rasanya semasa kita di zaman persekolahan lagi kita sudah pakai jenama kasut Warrior ini. Kasut ini sangat sesuai untuk dipakai ketika bermain permainan di gelanggang seperti badminton dan sepak takraw. Boleh kata kasut ini multi-purpose kerana ketahanannya dan tapaknya yang grip.

Nampaknya jenama ini kini baru mendapat perhatian di negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Sedikit info tentang sejarah kasut Warrior ini. Ditubuhkan pada tahun 1927, Warriour atau Hui Li sangat terkenal di negara asalnya China dalam membuat kasut untuk atletnya pada tahun 60an,70an dan 80an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Warrior sekarang bukan lagi hanya sekadar kasut sukan. Ianya sudah menjadi sepasang kasut dengan rekaan yang sangat ikonik. Warrior turut menjenamakan kembali jenama ini dengan nama WOS33 (bermaksud Warrior Ordinary Streetwear) untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Ianya masih mengekalkan reka bentuk asal kasut Warrior cuma panel di bahagian tepi diperbuat daripada kulit sebenar.

Ianya dijual pada harga 70 Euro (RM350) secara online dan anda boleh membelinya di sini. Mahal juga harga untuk pasaran dunia. Tetapi jangan risau, di Malaysia harganya masih lagi mampu milik, di bawah RM50. Cumanya kena pergi ke kedai kasut di Klang masih ada banyak stok. Lekas sebelum anda terlambat.

wo1

wo2

wo3

wo4

wo5

wo6

wo7

wo8

wo9