Seorang wartawan China dilaporkan hilang selepas mendedahkan situasi sebenar di Wuhan yang dilanda wabak coronavirus dalam salah satu video terbaharu di YouTube, minggu lalu.

Chen Qiushi, bekas peguam hak asasi manusia, tiba di bandar itu sehari selepas kerajaan China mengeluarkan perintah berkurung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ibu dan teman rapat Chen dilaporkan gagal untuk menghubunginya sejak 7 petang, 6 Februari lalu, lapor salah satu ciapan dari akaun Twitternya sendiri.

https://twitter.com/TheChainOfBlock/status/1226006301425012738?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1226006301425012738&ref_url=https%3A%2F%2Fedition.cnn.com%2Fasia%2Flive-news%2Fcoronavirus-outbreak-02-08-20-intl-hnk%2Fh_7db7078e5b48df6fe066f47a9b8182d8

“Dia pergi ke Wuhan untuk melaporkan wabak koronavirus. Keluarga dan sahabatnya sangat bimbang. Tolong bantu untuk sebarkan berita ini dan menyokongnya,” kata ciapan itu.

Chen yang aktif di YouTube dan Twitter telah mendedahkan keadaan sebenar yang disembunyikan oleh Parti Komunis kepada pengikut beliau.

Kedua-dua platform ini telah disekat oleh kerajaan China, iaitu Parti Komunis yang bertanggungjawab mengawal semua platform media sosial. Jadi, untuk melepasi firewall yang diletakkan oleh Kerajaan China, kebanyakkan rakyat mereka telah menggunakan VPN untuk mengakses laman sesawang atau aplikasi yang diharamkan.

Dalam video yang dimuat naik pada 30 Januari lalu, Chen mendedahkan situasi sebenar di Wuhan yang telah dilihat olehnya sendiri dan mengutuk keras kerajaan pemerintah kerana menyembunyikan semua fakta.

“Saya singgah empat hospital di Wuhan, dan juga tapak pembinaan Huoshenshan, hospital sementara yang dibina untuk menampung pesakit. Awalnya, tidak banyak orang di hospital. Tetapi selepas saya bertemu ramai orang tempatan, saya mendengar keluhan dari mereka bahawa keadaan masih teruk di Wuhan. Mereka tidak mempunyai kit ujian yang mencukupi, katil, dan doktor yang sangat sedikit.” Katanya

Chen mengkritik kerajaan China kerana menyembunyikan maklumat sebenar mengenai coronavirus. Dia juga mengutuk tindakan lambat Parti Komunis terhadap krisis ini.

 

Dia turut mendakwa pihak berkuasa telah mengganggu keluarganya sejak dia melaporkan situasi sebenar di Wuhan. “Saya ada virus di hadapan saya. Di belakang saya pula ada kerajaan China.

“Jika saya masih hidup di kota ini, saya akan meneruskan laporan saya, saya hanya akan memberitahu anda apa yang saya lihat, apa yang saya dengar.” Katanya.

Kemudian, dengan tangisan, Chen menamatkan video dengan mesej yang jelas untuk kerajaan China.

“F**k kerajaan China, saya tidak takut mati. Anda fikir saya takut kerana awak Parti Komunis China?” Katanya tegas.

Baca lebih lanjut mengenai coronavirus dan situasi di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Kerajaan China Perintah 6,000 Pegawai Perubatan Ke Wuhan Selepas Coronavirus Merebak Lebih ‘Hardcore’ Daripada SARS

Rakyat Malaysia Di Wuhan Rayu Untuk Pulang, Sedia Dikuarantin Asalkan Di Tanah Air Sendiri

Sumber