Perkembangan teknologi telah meletakkan semua perkara yang dahulunya susah atau sukar untuk diterima akal menjadi mudah dan mula mendapat tempat di dalam masyarakat.

Tetapi, bagaimana pula kalau perkembangan teknologi itu bertentangan dengan agama? Sebagai contoh adalah penghasilan daging ‘babi halal’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

8 Januari lalu, hangat di dada media sosial – terutamanya pengguna muslim – apabila sebuah syarikat berjaya mencipta satu patty daging yang mempunyai aroma yang sama seperti daging babi.

Terbaharu, seorang wartawan dari agensi media antarabangsa, Abrar Al-Heeti berkongsi perasaan ketika dijemput ke Impossible Foods – syarikat yang membuat ‘babi halal’ – untuk merasa sendiri pengalaman memakan patty daging babi.

Beliau dalam kenyataannya berkata kebanyakkan wakil CNET berkata rasa patty daging tersebut mempunyai rasa yang sangat sama dengan babi asli.

Tetapi cabaran beliau yang beragama muslim, malah tidak pernah menyentuh babi, apalagi memakan daging itu berkata “walaupun ia bukanlah daging babi sebenar, tetapi ia masih sukar untuk ditelan.”

Pelancaran daging ‘babi halal’ telah menyebabkan perdebatan di kalangan masyarakat di luar sana.

Satu puak ini mahu merasai sendiri pengalaman memakan patty daging ini. Manakala sesetengah lagi mempersoalkan status halal patty daging tersebut.

Mustafa Umar, seorang imam yang berpangkalan di California berkata jika orang bertanya kepadanya sama ada mereka harus mencuba produk berasaskan tumbuhan, dia akan menghalang.

“Saya akan katakan jangan, melainkan jika mereka sudah makan daging babi dan cuba untuk berhenti,” katanya.

Bahan utama dalam pembuatan daging ‘babi halal’ adalah heme, protein yang ditanam dari akar soya yang mempunyai tekstur seperti daging babi asli.

Tahun lalu, agensi media Indonesia melaporkan bahawa wujud kafe yang menjadi pilihan golongan ‘muslim liberal’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kafe Di Jakarta Ini Jadi Pilihan Golongan ‘Muslim Liberal’ Untuk Makan Babi

Transplantasi Organ Babi Ke Tubuh Manusia Bakal Jadi Realiti

Hati-Hati Pengembara, Takut Termakan Daging Babi Di Indonesia

Sumber