Aplikasi TikTok sering mendapat tempat di hati pengguna media sosial untuk membuat perkongsian video yang menghiburkan.

Baru-baru ini, video gelagat seorang lelaki dari Korea Selatan menjadi tular apabila berceloteh dalam bahasa Arab di Qatar bersempena FIFA World Cup Qatar tahun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@qatarliving

Qatar has truly won the hearts of people from every corner of the world! قطر تأسر قلوب المُشجعين من كافة الجنسيات والثقافات! 🎥: AlKass channel #qatar #qatarworldcup #قطر #qatarworldcup

♬ original sound – Qatar Living®

Menerusi video tersebut, pengacara menanyakan beberapa soalan kepadanya, dan pada mulanya dia bercakap dalam bahasa Korea, tetapi di akhir soalan, dia bercakap bahasa Arab yang membuatkan pengacara Arab itu terkejut kerana kelancarannya berbahasa Arab.

Meninjau ke ruangan komen pula, kefasihan lelaki Korea itu membuat netizen kagum apabila dia menggunakan bahasa Arab dengan lancar.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih daripada 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pengacara Arab itu kerana terkejut dengan dengan kefasihan lelaki Korea itu.

Malah, netizen turut memujinya dan mengatakan lelaki Korea itu lebih fasih berbahasa Arab daripada mereka yang berbangsa Arab.

Difahamkan, lelaki Korea itu merupakan seorang YouTuber dan TikToker bernama ‘Chomad’ di mana dia sering menerbitkan kandungan melawat negara Timur Tengah lain seperti Arab Saudi sebelum ini.

@chomad.official

انا بموت😫

♬ Polaroid Love – ENHYPEN