Air bungkus ikat tepi sudah menjadi sinonim dengan penduduk Asia termasuklah di Malaysia. Kita lebih gemar minum daripada bungkusan kerana ianya mudah dibawa dan boleh didapati di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini ini tular di media sosial Twitter seorang journalis dari California Mike Elgan, memuat naik gambar minuman yang diisi dalam plastik. Menurutnya, beliau teruja kerana pertama kali membeli air yang dijual dengan cara begitu di negara Amerika latin.

Perkongsian yang dimuat naik olehnya itu mendapat respon yang pelbagai daripada netizen terutamanya penduduk Asia. Rata-rata netizen mengatakan bahawa ‘air bungkus ikat tepi’ sudah lama dipraktikkan di negara-negara Asia.

Ianya mungkin pengalaman unik pertama Mike di Amerika Latin dan beliau tidak tahu kaedah minum terus dari plastik ini turut popular di Asia. Apa pun, minum air terus daripada plastik memang lebih ‘sedap’ berbanding cawan. Setuju?

Lihat reaksi warga New York apabila mencuba Maggi Kari dari Malaysia ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lihat Warga New York Terpesona Dengan Kesedapan Maggi Kari

The Alley Kini Jual ‘Bubble Tea’ Dalam Bekas 5 Liter Dengan Harga RM79