Ben Affleck telah mendedahkan kepada umum dalam satu wawancara baru-baru ini dengan GQ mengenai keputusan untuk melepaskan watak Batman adalah kerana beliau sudah hilang semangat untuk membawa watak itu.

Mengimbas kembali kenangan manis ketika pengambaran Batman v Superman, Affleck berkata bahawa dia tidak menyedari betapa besar peranannya untuk membawa watak Batman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya tidak fikir saya juga menyedari betapa ikoniknya watak ini sehingga saya membawanya,” kata Affleck seperti dipetik oleh Screen Rant.

Beliau menyambung, “ia berlaku ketika Internet berkembang ke dalam perniagaan filem dengan cara yang berbeza dan hubungan dengan peminat, studio, pencipta buku komik telah berubah dan berkembang.

“Mereka berkata, ‘adakah awak mahu mengarahkan dan berlakon filem Batman?’ Saya dapati bahawa saya telah hilang semangat untuk itu.” Kata Affleck dalam wawancara tersebut.

Affleck tetap optimis walau siapa pun penggantinya, dia percaya pelakon itu akan berjaya membawa watak Batman.

Untuk rekod, Matt Reeves telah mengambil alih tugas Ben Affleck. Beliau juga telah mengambil Robert Pattinson sebagai Batman versi terbaharu. Filem yang sudah lama ditangguhkan ini sudah mula melalui fasa pengambaran.

Berikut adalah cerita lain mengenai Batman, klik pautan di bawah untuk membaca.

Matt Reeves Kongsi Video Teaser Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman

Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT

Netizen Keliru Bagaimana Batman Boleh Muncul Dalam Drama Bersiri Indonesia Ini

Sumber