Seminggu selepas pelancaran filem Logan, kami yakin ramai diantara peminat filem superhero atau X-Men sudah selesai menonton filem ini. Filem yang penuh dengan aksi dan mainan perasaan yang tinggi ini bukan sahaja membuatkan para penonton teruja malah para pengkritik filem seluruh dunia.

Menyoal tentang lakonan Hugh Jackman dan Dafne Keen sememangnya top class. Namun apa yang menarik mengenai filem Logan ini adalah penggunaan ‘digital resurrection’ melalui method terbaru yang diimplemen. Penggunaan ‘digital resurrection‘ yang pada mulanya digunakan pada watak Grand Moff Tarkin di dalam filem Star Wars: Rogue One nampaknya diteruskan melalui filem Logan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan terkejut jika saya katakan, watak ‘Logan’ itu sendiri tidak sepenuhnya dilakonkan oleh Hugh Jackman. Selain daripada stuntman yang anda boleh jangkakan, penggunaan digital editing yang dipaparkan telah membuatkan Hugh Jackman tampak lebih tua dan ‘badass‘ daripada biasa.

Tidak terikat dengan hanya menghasilkan gambar statik, kini digital video editing membolehkan suntingan yang dibuat tampak lebih ‘hidup’ dan real. Berikut merupakan perbezaan diantara muka sebenar Hugh Jackman dan Dafne Keen tanpa edit dan setelah dibuat suntingan digital.

Sebelum memulakan proses editing seperti yang diinginkan, dua watak utama di dalam filem iaitu Hugh Jackman dan Dafne Keen terpaksa melalui beberapa ‘digital scanning‘ terlebih dahulu. Tujuannya adalah bagi membolehkan gabungan diantara ‘watak sebenar’ dan ‘watak digital’ tampak lebih secocok.

Setiap ukuran dan tekstur di muka diambil kira pada setiap. Bukan sahaja di bahagian hadapan malah secara menyeluruh bagi memudahkan pasukan video editing membuat suntingan daripada beberapa sudut yang lain.

Seterusnya, prosedur editing diteruskan dengan menukarkan wajah stuntman yang melakonkan ‘Logan’ kepada versi Hugh Jackman. Kami jangka ianya memakan masa yang lama memandangkan suntingan yang dibuat berjaya memberikan gambaran seolah-olah Hugh Jackman sudahpun tua dan semuanya kelihatan sangat original.

Bukan sekadar membuat suntingan visual, ekspresi muka ‘stuntman‘ juga antara yang diubah untuk dipadankan bersama watak yang dilakonkan Hugh Jackman.

Sangat menarik untuk melihat bagaimana proses video editing berjaya mengubah wajah seseorang. Jika dulunya filem Tron yang dilancarkan pada 1982 sudah berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan penggunaan CGI yang canggih pada ketika ini, kini industri video editing dirancakkan pula dengan penggunaan beberapa method terbaru.

Hugh Jackman (2017)
Hugh Jackman versi digital

Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat pasukan yang menjayakan editing filem ‘Logan’. Tak sangka pula watak Hugh Jackman dan Dafne Keen terpaksa melalui beberapa proses suntingan bagi mendapatkan imej yang lebih epik dan real untuk tontonan para penonton.

Tidak hairanlah hasil usaha mereka dibalas dengan kutipan wang tertinggi di dalam sejarah box office selepas seminggu sahaja ditayangkan.

Selepas berjayanya filem Logan dengan penggunaan digital resurrection yang epik, dijangkakan para penonton bakal dihiburkan dengan lebih banyak filem yang bakal menggunakan method editing yang sama.

Dalam erti kata lain, ‘menghidupkan’ semula watak yang sudah lagi tidak ada seperti ‘Brian O’Conner’ di dalam siri filem ‘Fast And Furious’ bukan lagi masalah buat para pengkarya filem di masa akan datang.  

Baca lagi: ‘Logan’ Pengakhiran Terindah Dan Epik Buat Wolverine

Sumber