Marvel bakal mewujudkan filem pertama yang menampilkan watak superhero yang terarah kepada transgender.

Perkara ini diumumkan kepada orang ramai ketika Akademi Filem New York yang menampilkan Presiden Marvel, Kevin Feige. Beliau menyebut bahawa seorang superhero trans akan muncul tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dan tidak lama lagi, dalam filem yang kami rakam sekarang,” katanya

Perancangan ini dirujuk Marvel sebagai ‘pelan jangka panjang’ dengan lebih ramai superhero trans dan mereka dijangka akan membuat penampilan pertama di dalam Thor : Love and Thunder pada 2021.

Peminat pula berpandangan bahawa watak yang paling dekat dan sesuai dengan perancangan Marvel setakat ini adalah Sera dari Thor yang merupakan malaikat lelaki bertukar menjadi malaikat wanita.

Untuk menguatkan lagi realiti ini, Marvel sebenarnya sudah lama bercadang untuk memasukkan watak transgender, lapor The Guardian.

Selain itu, superhero pekak pertama Marvel akan membuat penampilan, manakala superhero Asia-Amerika pertama akan hadir pada 2021, dengan Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings.

Sebelum ini watak James Bond juga pernah dicadang untuk di bawa oleh transgender. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pelakon British Ini Mahu Transgender Ganti Daniel Craig Sebagai James Bond

Pizza Hut Malaysia Mohon Maaf Atas Gurauan Isu Transgender

Gambar Bersama Syed Saddiq, Siapa Sebenarnya Wanita Cantik Berbaju Kebaya Ini?

Sumber