Setelah dua musim berlalu, akhirnya siri animasi popular terbitan Wau Animation iaitu Ejen Ali kini bergerak ke fasa seterusnya dalam mengeluarkan filem animasi pertama mereka.

Filem ini dihasilkan disebabkan hasil maklum balas dari peminat bukan sahaja dari kanak-kanak malah orang dewasa turut memberi reaksi positif mengenai cerita ejen cilik ini. Berikutan sambutan yang baik dikalangan peminat seluruh Malaysia, Wau Animation baru-baru ini telah membuka peluang kepada orang ramai dalam pencarian bakat suara untuk filem ini.

Mereka mencari empat watak suara berlainan iaitu orang dewasa lelaki dan wanita, watak remaja yang bertenaga dan akhir sekali watak kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kepada yang berminat untuk menyertai anda boleh pergi ke ujibakat ini di BookXcess, Tamarind Square, Cyberjaya pada 31hb Ogos 2018 ini.

Ujibakat ini akan berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Buat anda yang berminat inilah masanya untuk anda mencuba nasib. Mungkin anda pilihan yang dicari Wau Animation.