Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pastinya anda masih ingat wawancara ‘kontroversi’ oleh wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley bersama bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak. Wawancara yang bertajuk ‘Malaysia: Najib Speaks’ itu telah memenangi anugerah Interview Of The Year (Wawancara Terbaik) di Royal Television Society Television Awards2019.

Hal tersebut diwar-warkan di laman sosial Twitter 101 East Al Jazeera. Menurut juri RTS, anugerah tersebut diberikan kepada wawancara tersebut berikutan kontennya yang menonjol, berani dan keboleh percayaannya yang segar untuk ditonton.

Malah, isu yang dikupas dan pengetahuan penemu ramah merupakan antara faktor wawancara tersebut dipilih menerima anugerah. Untuk tonton wawancara penuh, anda boleh tonton di bawah.

Anda Mungkin Suka