Musim cuti sekolah adalah waktu terbaik buat para ibu bapa meluangkan masa bersama-sama anak mereka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan kebanyakan ibu bapa urban masa kini lebih suka membawa anak-anak mereka menonton wayang di pawagam.

Membawa anak-anak menonton wayang bersama-sama bukanlah satu perkara yang buruk kecuali apabila para ibu bapa gagal mengawal anak kecil mereka sehingga menimbulkan perasaan kurang senang terhadap sebahagian besar penonton yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk menyelesaikan masalah ini dan memuaskan hati semua pihak, pihak TGV Cinemas tampil dengan solusi baru mereka iaitu menyediakan sesi khas Family Friendly buat para ibu bapa dengan anak kecil.

TGV Family Friendly

Ibu bapa digalakkan untuk mengambil sesi khas ini kerana pihak TGV menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka dan anak-anak semasa menonton wayang. Antaranya termasuklah menyediakan persekitaran yang sesuai (kurang gelap dan sistem audio yang lebih lembut), ruangan untuk anak-anak berlari-lari, dan juga meja menyalin lampin anak.

Dengan pendekatan ini masalah gangguan anak-anak kecil terhadap penonton lain semasa menonton wayang akan dapat dibendung. Walaubagaimanapun, sesi khas ini hanya boleh didapati di TGV 1 Utama dan terhad kepada filem-filem yang telah ditetapkan oleh mereka.

BACA: 15 Filem Hollywood Wajib Tonton Tahun 2015 Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram