1 Syawal tiba lagi. Selamat Hari Raya kami ucapkan daripada The Vocket. Apabila tiba hari raya tidak sah kalau tidak pulang ke kampung atau ziarah-menziarahi sanak saudara.

Buat anda yang tinggal di luar bandar mungkin tidak menjadi masalah namun adalah satu keperluan buat mereka yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk merancang perjalanan pulang setelah puas beraya di kampung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut data yang diterima daripada Waze, waktu terbaik untuk anda memandu pulang dari kampung kembali ke Kuala Lumpur adalah sebelum pukul 11 pagi pada hari Ahad 10 Julai, ataupun sebelum pukul 10 pagi sebelum hari Isnin 11 Julai. Jangan tersilap, data yang dikemukanan ini merupakan data buat anda bertolak dari kampung ke Kuala Lumpur.

Waze turut mengatakan mengikut data sebelum ini, pengguna tidak digalakkan memandu sekitar tengah-hari – memandangkan kebiasaannya trafik meningkat sehingga 262% ketika itu.

Adalah lebih baik buat anda untuk menyertakan tempat yang dituju dan waktu yang mereka ingin tiba di destinasi. Waze seterusnya akan menganalisa dan mencadangkan anda waktu yang sesuai untuk berlepas dari kampung untuk kembali ke bandar.

Sudahkah anda merancang perjalanan pulang anda? Jika belum, mungkin data ini bakal membantu perjalanan anda. Selamat pulang beraya.

Sumber