Jika dua minggu lalu Touch ‘n Go telah mengumumkan kerjasama bersama AliPay, pada minggu ini Hong Leong mengumumkan Bank Negara Malaysia telah mengesahkan WeChat Pay bakal mula memasuki pasaran Malaysia.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat Hong Leong Bank, kerjasama diantara Hong Leong Bank bersama WeChat Pay ini bakal membantu syarikat yang berpengkalan di China ini meluas pengaruh dengan lebih cepat khususnya di Malaysia. Pembayaran yang lebih sistematik dibawah sistem Hong Leong antara yang bakal diperkenalkan.

31Oct2017_Morris_B1_1024

Melihat kepada pengenalan pelbagai platform pembayaran yang mula ditawarkan sejak akhir-akhir ini termasuk SamsungPay dan AliPay, kami teruja untuk melihat bagaimana setiap syarikat ini bersaing untuk menjadi pioneer khususnya dalam pasaran Malaysia.

Sumber