Apa akan anda buat pada makanan yang hampir tamat tempoh? Di Copenhagen, Denmark, WeFood menjual makanan yang tidak terjual, hampir tamat tempoh dan fresh foods seperti buah-buahan atau sayur sayuran yang masih lagi elok walaupun ianya mungkin tidak sesegar yang pembeli boleh dapatkan di pasar raya besar.

Inisiatif WeFood ini adalah bagi mengurangkan pembaziran makanan, di mana ada produk-produk jualan di kedai ini adalah dari pasaraya besar di mana jika tiada kedai seperti WeFood ini, ianya akan dibuang begitu sahaja. Sebabnya, pasaraya ada standard yang perlu mereka ikut tentang stok makanan yang mereka simpan.

Antara Makanan yang boleh didapati di Wefood
Antara Makanan yang boleh didapati di Wefood

Makanan yang dijual di WeFood ini semuanya selamat untuk dimakan walaupun ianya hampir tamat tempoh. Pada awalnya, ramai yang skeptikal dengan idea kedai ini. Tetapi sejak ianya dibuka pada 22 Februari yang lalu, ianya menjadi pilihan penduduk Denmark untuk membeli makanan di situ dan ada daripada mereka sanggup beratur awal pagi sebelum kedai dibuka untuk membeli barang makanan di WeFood.

Beratur untuk membeli barangan keperluan di Wefood
Beratur untuk membeli barangan keperluan di Wefood

Denmark berjaya mengurangkan jumlah makanan yang tidak dimakan ke tempat pembuangan sampah sebanyak 25 peratus dalam masa lima tahun. Jadi dengan adanya WeFood ini, mereka berharap dapat mengurangkan lagi kadar pembaziran makanan di Denmark.

Per Bjerre, individu di sebalik WeFood ini berpendapat masalah utama yang WeFood hadapi adalah masalah mendapatkan stok makanan untuk dijual. Beliau berharap dapat membuat hubungan baik dengan supermarket yang ada di seluruh Denmark dan dengan itu akan memudahkan mereka mendapat bekalan. Jika semuanya berjalan lancar, barulah mereka dapat membuka lebih banyak cawangan WeFood.

WeFood diuruskan oleh sukarelawan. Dengan keuntungan yang mereka terima dari WeFood ini, mereka akan salurkan ke program anti kemiskinan di seluruh dunia. Jadi kita patut contohi pemikiran orang Denmark ini. Jangan membazir makanan anda ya?

Sumber