Ketika ini, ramai orang menggunakan aplikasi navigasi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas ke sesuatu destinasi. Adakah anda pernah berdepan situasi dimana diberikan laluan yang pelik?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @pudyenn93 telah berkongsi video dimana aplikasi navigasi Waze yang digunanya untuk mengelak kesesakan lalu lintas membawanya masuk ke jalan hutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@pudyenn93

Jangan ikut waze nak elak jem #raya2022

♬ Selamat Hari Raya – Puan Sri Saloma

Menerusi video tersebut, dapat dilihat mereka melalui semak samun dan berhenti seketika apabila melihat jalan raya. Alangkah terkejutnya apabila ‘jalan dalam’ tersebut dihalang oleh pagar dan jalan raya yang dikatakan sesak itu sebenarnya tidak sesak.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi. Segelintir netizen juga berasa pelik kenapa masih meneruskan perjalanan apabila sudah masuk ke kawasan semak samun.

Tidak hanya itu, para netizen turut tertanya-tanya keadaan kereta selepas itu. Malah, segelintir netizen turut berkongsi pernah mengalami perkara sama dimana Waze membawa ke jalan tidak diketahui dan ada juga perlu memasuki kawasan perkuburan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Mahu Atasi Pemandu Pelesit, Lelaki Ini Menyamar Buat ‘Speed Trap’ Depan Rumah

Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS

‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate